Kacang Buncis dan Kacang Panjang
Kaya dengan serat dan mengandungi beberapa keperluan nutrian misalnya potasium yang membantu mengatasi masalah kelebihan cairan, protein dan kalsium.
Bijirin Oat
Kandungan antioksida dan seratnya baik untuk membakar lemak dan membuatkan anda sentiasa bertenaga sepanjang hari.
Avokado
Buah ini mengandungi kalori yang tinggi tapi juga mengandungi asid lemak esensial yang baik untuk kulit. Ia mengandungi vitamin E dan beta sisosterol dan serat yang membantu mengatasi masalah kolesterol.
Pisang
Mengandungi potasium dan vitamin V6 yang bermanfaat untuk megatasi masalah kelebihan cairan dalam tubuh.
Nanas
Membantu memperbaiki serat kolagen yang rosak. Selain itu ia juga mengandungi vitamin C
Limau dan Anggur
Membantu membentuk serat kolagen. Juga mengandungi methoxylated bioflavonoids yang berguna untuk melancarkan perjalanan darah dan memperkuatkan pembuluh rambut.
Asparagus
Memperkuatkan pembuluh vena dan pembuluh rambut serta membantu mengawal tekanan darah. Mengandungi glutathione, enzim yang bersifat detoksifikasi dan pelawan radikal bebas.
Bawang Merah dan Bawang Putih
Ramuan ini mudah disertakan dalam setiap masakan. Kandungannya antara lain, sulfur (membantu mengatasi kesan daripada pendedahan radikal bebas), vitamin E dan vitamin C
Brokoli
Mengandungi alpha lipoicacid (mencegah kolagen), selenium (memaksimumkan vitamin C, E dan beta karoten) dan kalsium.
Daging Merah
Anda tidak perlu menjauhkan diri daripada produk-produk yang berasaskan haiwan. Pilihlah yang bebas lemak. Daging lembu mengandungi conjugated linoleic acid (CLA) yang berfungsi untuk membakar lemak. ?
2. Petua mengurankan kulit muka berminyak
Pilihan 1:
Parut buah epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.Pilihan 2:
Rendamkan beras anggaran 1/2 gelas. Campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan tersebut dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum anda tidur.Pilihan 3:
Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur.Jika tiada, anda bolehlah gantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih.Pilihan 4:
Ramaskan daun sirih di dalam 1 cawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.Pilihan 5:
Campurkan tepung dal dengan pati susu, dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih. Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu lap muka anda bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.3. Petua menghilangkan jerawat
Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tidak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengurangkan atau membersihkan jerawat.
Pilihan 1:
a) Campurkan air limau nipis dengan 1 sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda.b) Sekiranya anda berasa pedih, ia hanya sementara sahaja. Keesokkan harinya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.
c) Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Pilihan 2:
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan selalu seperti anda mengamalkan penggunaan bedak sejuk. Muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.
Pilihan 3:
a) Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur, akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan. Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini, memadailah dengan dua jenis sahaja.
b) Semua akar tersebut diasah di buntut pasu dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh muka anda sebagai bedak sejuk.
c) Anda juga boleh campurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya. Selain diasah, ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan.
Pilihan 4:
Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali.Pilihan 5:
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .Pilihan 6:
Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .Pilihan 7:
Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak. Biarkan ia kering sendiri. Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.Pilihan 8:
Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .Pilihan 9:
Giling sedikit ibu kunyit, daun pegaga, pucuk daun asam jawa, beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam. Apabila halus, bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan, hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .Pilihan 10:
Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan. Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini. Buat begini setiap pagi dan malam .Pilihan 11:
Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selau diamalkan jerawat akan kering dan pupus .Pilihan 12:
Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung)di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu).
Pilihan 13:
Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Duduk senyap-senyap dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Setelah 40minit, cuci muka anda dengan air suam. Muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akibat kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3 kali seminggu.
No comments:
Post a Comment