Blogger Templates

Monday, 25 April 2011

Petua Kecantikan 1

1. Petua untuk kulit muka halus

Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga halus. Perah airnya. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit madu.  Sapu pada kulit muka dan, biar selama 30 minit. Kemudian cuci bersih.  Anda akan dapati kulit muka akan menjadi segar dan halus.

2. Petua awet muda

Lindungi Kulit Daripada Matahari – Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor berlakunya proses penuaan. Anda perlu menggunakan krim perlindungan matahari setiap hari. Penggunaan krim perlindungan itu menghalang proses penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan.

Jangan Merokok – Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.

Pencucian Dalaman – Kebanyakan wanita tidak mengamalkan pencucian wajah sehingga bersih secara dalaman. Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah yang mahal, sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh menanggalkan kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. Manakala, untuk kulit kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak, biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air suam.

Pelembapan 2 Kali Ganda – Selain pelembapan seharian, anda juga boleh meningkatkan tahap pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah. Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan tisu.

Aktifkan Peredaran Darah – Penggunaan skrab wajah 2 kali seminggu dapat membantu melembutkan permukaan kulit. Skrab juga dapat mengaktifkan peredaran darah pada lapisan atas kulit. Dengan ini, ia membantu membentuk sel-sel baru pada wajah.

Penggunaan Bedak Asas -  Garis-garis halus dan kedutan dapat dihilangkan buat sementara waktu dengan penggunaan produk kosmetik yang sesuai. Misalnya, bedak asas dan bedak compact atau bedak halus membantu menutup garis-garis tersebut.

Kerap Membelai Wajah – Walaupun saban hari, anda menggunakan produk penjagaan kulit untuk memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat membantu dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan. Gunakan rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Pengendalian Lembut – Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan, anda perlu oles secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit sekeliling mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain. Maka ia perlu dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau krim mata. Semasa menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan menyapu krim tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.

Solekan Sempurna – Beli produk kosmetik yang mengandungi perlindungan UV kerana bahan-bahan tersebut dapat melindungi kulit daripada pancaran matahari. Buat sedikit penyelidikan sebelum membeli produk kosmetik terutamanya pembayang mata, maskara dan pengalit mata.


3. Petua penyeri muka

Petua 1:

1. Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.
2. Sapukan teh tersebut ke muka. 10 minit kemudian basuhlah dengan air bersih.

Petua 2:

1.  Sapukan muka anda dengan putih telur.
2. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bersihkan dengan air.
3. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya


4. Petua untuk kecantikan semulajadi

Pisang sememangnya kaya dengan potassium dan mengandungi bahan pelembap yang menakjubkan apabila digunakan untuk merawat rambut dan kulit. Amalkan petua ini:

1. Satu biji pisang masak
2. 1 sudu madu
3. 1/2 sudu minyak jojoba
4. 1 sudu yoghurt
5. Putih telur
6. 1 sudu tanah liat putih


a. Pukul putih telur, kemudian campur yogurt, minyak jojoba, madu dan tanah liat sehingga menjadi adunan berkrim dan lembut.
b. Dalam mangkuk berasingan, lecek pisang dan masukkan ke dalam campuran bahan pertama.
c. Sapu adunan tersebut di muka, leher dan bahu. Urut perlahan dan biarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan. Petua dan ramuan  ini membantu melembut dan menganjalkan kulit.


5. Petua menghilangkan dagu berlapis (mesti kalian semua mencari petua ni kan....hihihih >"<)

Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yang membantu, menyumbang  atau menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul.

1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.

2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.

3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.

4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.

PANDUAN UNTUK WANITA

1. Pastikan anda menyertakan bahagian dagu dan leher setiap kali membersih, menyegar dan melembap.

2. Solekan juga perlu terselaras ke leher dan bahagian bawah dagu. Pastikan bedak alas disapukan rata hingga ke bahagian ini.

3. Jangan sapukan bedak alas di bahagian leher dengan menggunakan teknik dari atas ke bawah. Gunakan pergerakan dari bawah ke atas.

4. Dagu adalah antara bahagian muka yang paling berminyak dan banyak terdapat pundi minyak di situ. Masalah minyak terkumpul di bahagian dagu adalah perkara biasa. Pastikan ia dibersihkan dan dijaga dengan betul.
 SENAMAN DAGU


2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.

3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang  boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

1. Buat senaman muka – a e i o u setiap pagi/ptg/mlm 40 kali semasa mengadap cermin  untuk mencantikkan bentuk muka
1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.


7. Petua untuk melicinkan kulit

  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  • Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  • Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  • Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  • Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
  • Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

8. Petua untuk menghilangkan jeragat di muka

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

Penyebabnya:

1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.

Rawatan Moden

a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.
b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan
pemulihan.

Rawatan Tradisional

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda  sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.


9. Petua untuk wanita sentiasa muda

1. Minum Banyak Air. Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh.  Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anxda mudah membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Bersenam Selalu. Ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan Merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
4. Cukup Tidur. Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Kulit Perlu Rehat.  Pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu “bernafas”. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.
6. Makan Jangan Berlebihan. Anda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu sihat.
7. Buat Facial. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Ketawa Selalu. Ketawa adalah penghibur duka. Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.


10. Petua kekal langsing

Ubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:

1. Apa yang anda biasa ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari, dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).Sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa,  elok kalau anda melakukan senaman.Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.
ATAU


2. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan – setiap pagi/ptg/malam 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis

ATAU


3. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.

ATAU


4. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi


6. Petua ISLAM untuk kecantikan diri

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota, biarkannya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.  Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-  (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.


7. Petua untuk mempunyai badan menarik

1. Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebayak 44 kali.
2. Minum air kosong dengan banyak amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan anda. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tetapi sebaiknya minum lebih. Metabolisma amat penting dalam proses penurunan berat badan. Air kosong tidak mempunyai kalori, pengambilan yang banyak pun tidak kan menjejaskan berat badan. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.
3. Untuk menurunkan berat badan anda perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. Pastikan anda mempunyai diari anda sendiri.
4. Apabila kita dalam program diet rendah lemak atau bebas lemak, sudah tentu kita akan mengurangkan banyak perasa di dalam makanan kita. Anda digalakkan menggunakan herba dan rempah ratus. Sebagai contoh cuka, bawang, serbuk cili, serbuk kari, lada hitam atau apa sahaja rempah. Selain rasanya ia juga dapat meningkatkan metabolisma.
5. Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana akan memudaratkan kesihatan anda.
6. Apabila anda ingin menurunkan berat badan, jauhkan rasa tertekan kerana dengan rasa tertekan berat badan anda sukar untuk turun.
7. Minuman berkafein dilarang sama sekali jika anda sedang berdiet. Ini kerana, kafein meningkatkan insulin di dalam badan anda dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. Jika anda menghentikan pengambilan minuman berkafein sebanyak 50%, anda boleh lihat sendiri kesannya.
8. Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk anda rasa kenyang lebih cepat.
9. Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat, sekurang-kurangnya 30 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selepas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah  sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan  waktu pagi sebelum sarapan. Tetapi sebelum senaman, anda mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur. Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak, malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih 2 atau 3 jam lagi. Ia mampu membakar lemak anda walaupun anda berhenti bersenam.
10. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan. Sarapan pagi penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma anda akan perlahan selepas 8 jam. Untuk mengejutkan balik, anda hendaklah makan. Tetapi makanan yang betul amat penting iaitu makanan yang sihat dan tidak berlemak. Ia mampu mengaktifkan metabolisma anda. Jangan membazirkan masa anda dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur.

No comments:

Post a Comment