Blogger Templates

Monday, 25 April 2011

Mari kita berkongsi petua-petua 1..... :)

Assalamualaikum wbt...haluuuuu....kite bertemu lagi dalam entry petua2... Saya ade macam2 petua yang ingin di kongsi bersama sahabat2 semua....Petua ni saya amek dari internet jer....hehhehe....so,jom kite berkongsi bersama2 petua yang saya amek yea kawan2.....

1. Adab semasa bersama orang-orang lebey tua dari kita

Beri Salam
Setiap kali anda bertemu dengan orang yang lebih tua beri salam dengan penuh keikhlasan. Ciumlah tangan mereka sekurang-kurangnya dapat memberi perasaan kasih terhadap anda.

Penyampaian Sederhana
Ketika menyampaikan sesuatu samada gembira atau sedih, perlu disampaikan dengan berhemah dan sederhana. Elakkan keghairahan bercerita kerana mereka lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu.

Jangan Terlebih Yakin
Jangan terlebih yakin semasa berbicara, kerana takut mengundang sifat sombong dalam diri, terutama bercerita tentang kerjaya dan kedudukan anda dalam masyarakat. Bukan semua perkara tentang anda disukai orang lain. Jangan juga bercerita tentang orang lain jika tidak pandai mengatur kata.

Sopan
Adab resam Melayu seperti membongkok ketika melintasi, atau meminta izin untuk melakukan sesuatu perlu diterapkan agar warga tua berasa sentiasa dihormati. Suatu hari nanti, anda juga akan menjadi tua.

Wajah Manis
Jika anda belajar untuk memaafkan dan berlapang dada sudah tentu anda dapat manafaatnya kemudian hari. Ucapkan sesuatu itu dengan berwajah manis dan penuh keceriaan dan bersunguh-sunguh walaupun menyampaikan berita sedih.

Jangan Ungkap Kata Kesat
Jangan sesekali mengungkap kata kesat atau mengherdik orang tua kerana ini akan mengguris hati dan perasaan mereka. Jika tidak mampu berkata-kata, anda bolehlah menulisnya bagi mengurangkan kemarahan.

Jangan Ego Minta Maaf
Jangan ego untuk meminta maaf sekiranya anda telah mengguris hati mereka. Sebaik-baiknya minta maaf setiap hari. Orang tua tidak menyatakan atau melahirkan kecalaran hati mereka. Oleh itu, yang muda perlu merendah diri.

Hormati Makan Minum
Ketika di meja makan, anda perlulah menghormati makan dan minum mereka. Jika anda ingin makan dahulu pastikan anda tidak membiarkan mereka makan bekas anda. Asingkan makanan terlebih dahulu. Akan nampak kurang sopan membiarkan mereka memakan makanan bekas anda. Jangan merungut atau mencari kesalahan dalam masakan atau hidangan mereka.


2. Etika Makan secara Islam

Dalam Islam, Allah s.w.t. telah memilih Rasulullah s.a.w.untuk menjadi model kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia. Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan dihayati bersama adalah dari aspek tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.

MULAKAN dengan BISMILLAH

Dari ‘Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: ‘Bismillah’ ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ “(HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

GUNAKAN TANGAN KANAN

Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kanan mu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh?  Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut.” (HR Muslim).Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kiri mu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

AMBIL MAKANAN YANG BERHAMPIRAN

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata:”aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar keserata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: “Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah’, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu.” (HR Bukhari dan Muslim)

GUNAKAN TIGA JARI

Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

JANGAN MENCELA MAKANAN

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)

JANGAN BERSANDAR KETIKA MAKAN

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)

KUTIP MAKANAN YANG TERJATUH

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)

MULAKAN MAKAN DARI TEPI atau PINGGIR

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).

JILAT JARI SETELAH SELESAI MAKAN

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)

DOA SETELAH SELESAI MAKAN

Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in’. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana’ ” (HR Bukhari).
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

DIGALAKKAN BERCAKAP SEMASA MAKAN

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir ra sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahwa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo) Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim: 2052), ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (HR alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (HR alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan. Tetapi, tidaklah bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut.


3. Adat & Tatatertib orang melayu

Orang Melayu zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan samaada di rumah mahupun di majlis-majlis keramaian.Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi. Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Berikut adalah beberapa pantang larang Melayu yang berkaitan dengan MAKAN:

*  Makan mencangkung payah dapat rezeki.
*  Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
*  Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
*  Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
*  Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
*  Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
*  Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
*  Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
*  Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
*  Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
*  Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
*  Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
*  Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
*  Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
*  Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
*  Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
*  Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
*  Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
*  Makan sisa anak, anak akan degil.
*  Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
*  Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
*  Bila makan, pinggan tidak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil        orang.
*  Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
*  Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
*  Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
*  Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
*  Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
*  Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
* Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
* Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
* Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
* Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
* Makan kepala ayam akan berlaku mengantuk semasa bersanding.
* Makan sisa anak, anak akan menjadi degil.
* Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
* Makan kalau tidak basuh pinggan sendiri, nanti lambat dapat menantu.
* Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
* Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
* Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
* Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
* Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
* Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

ADAT & TATATERTIB

+ Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan makanan atau minuman, jangan sekali menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.
+ Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu. Kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.
+ Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika kita ingin menanamkan kemesraan dan semangat kekeluargaan di kalangan anak-anak.
+ Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.
+ Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri. Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
+ Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.
+ Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain. Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan. Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.
+ Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.
Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
+ Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.
+ Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.

No comments:

Post a Comment